Ebola…….. apaan tuh?

Maret 8, 2007

      Virus Ebola merupakan salah satu daripada dua kumpulan virus RNA benang-negetive, yang dikenali sebagai Filoviridae. Virus Filo mempunyai bentuk biologi seperti morfologi, kepadatan, dan profile elektrophoresis gel polyacrylamide. Virus ini telah dikelaskan kepada virus paramyxo dengan menggunakan kaedah turutan DNA.

 

Virus Filo, walaupun mempunyai beberapa ciri yang menyamai kelas virus lain, menunjukkan beberapa ciri yang unik dan berbeza daripada virus RNA bebenang-negetive tidak bersendi. Ramai pakar sains percaya bahawa virus ini patut dikelaskan dalam ketegori yang tersendiri.

 

CIRI-CIRI

Virus Ebola mengandungi molekul lurus, bebenang negetive RNA, yang tidak bersendi. Kesemua genome virus Filo mempunyai ciri-ciri serupa, 19kb panjang dan mempunyai banyak sisa adenosine dan uridine. Gen virus Ebola mengandung transkrip turutan kekal pada 3′ terakhir dan transkrip turutan tamat pada 5′ terakhir. Perbedaan di antara virus Ebola dan Marburg adalah, virus Ebola menunjukkan tiga penumpukan yang berselang di antara turutan antara-gen (intergenetic) sementara virus Marburg mempunyai hanya satu penumoukan yang berbeda kedudukannya daripada virus Ebola.

 

CARA PENYEBARAN

Virus Ebola mudah berjangkit dengan sentuhan secara langsung dengan orang, ataupun menerusi pengendalian simpanse yang dijangkiti atau mati disebabkan virus. Keadaan penderita yang berdarah menerusi setiap lubang pada tubuhnya pada peringkat akhir serangan Ebola juga memudahkan penyebarannya kepada orang yang kontak dengan penderita. Sampai saat ini belum diketemukan vaksin yang dapat mencegah penyebaran virus Ebola.

 

 

TANDA-TANDA AWAL EBOLA

Pada permulaannya serangan penyakit, penderita Ebola merasa lesu, demam, linu seluruh anggota badan, perit di leher, kekurangan air, dan lesu. Kajian juga menunjukkan bahwa macrophages dan fibroblasts (dalam paru-paru) merupakan tempat permulaan dan paling digemari untuk pembiakan Ebola. Pathology virus Ebola menghasilkan lesion di hati, limpa, dan buah pinggang. Ciri-cirinya adalah focal hepatic necrosis dan follicular necrosis di kelanjar lymph dan limpa.

Tanda-tanda ini diikuti dengan gatal-gatal, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang, dan pendarahan dalam badan di usus gastrointestinal track, pleural, pericardinal, dan ruang peritoneal dan pendarahan melalui setiap lubang pada badan yang pada kebiasaannya membawa kepada kematian. Terdapat juga pembekuan darah diseluruh bagian badan yang menunjukkan pembekuan darah menyeluruh sebagai tahap terakhir.. Inkubasi Ebola kebiasanya di antara 2 sehingga 21 hari, bergantung kepada cara penyebaran. Masuknya virus ke dalam pembuluh darah mengakibatkan serangan yang lebih parah.

Created by: Robertus S.W(068114046),Tony H.(068114056)

 

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: